pages

Tuesday, October 19, 2010

Silat Dalam Dunia Manusia

     Silat adalah satu perkataan yang bermaksud satu seni beladiri yang terdiri daripada gerakan manusia. silat adalah berasal dan dicipta dari kelompok melayu. seni silat amat dikagumi, ini kerana pergerakannya amat pantas dan jurus-jurusnya boleh mengundang padah mahupun maut. bukti dalam sejarah banyak menyatakan para tokoh pejuang tanah melayu amat mahir dalam ilmu persilatan. malahan juga ilmu silat ini sangat penting dalam membela diri, maruah, keluarga, kaum, agama, dan juga kerajaan di masa itu. tokoh-tokoh yang pejuangkan hak tanah melayu dan kemerdekaan sangat bersungguh-sungguh dalam perjuangan melalui semangat perwira. jika tanpa ilmu persilatan pada masa itu, mungkin tanah melayu tergadai awal-awal lagi sebelum lahirnya Tunku Abd. Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang memperjuangkan kemerdekaan. malahan segala kekayaan tanah melayu pada masa itu akan digadai sama sekali bersama kaum melayu yang mungkin diratah oleh para penjajah tanah melayu.
     Ilmu silat yg dikurniakan oleh Maha Pencipta haruslah dipelajari dan dicintai. ini kerana ilmu silat yg telah banyak berjasa kepada umat manusia terutama yg berugama islam. ilmu silat bukanlah untuk dipandang sebagai keganasan, tetapi haruslah dipandang positif dan penuh kebaikan serta penerapan nilai-nilai murni yang utuh. jika dilihat cara pembelajaran ilmu persilatan dulu-dulu mahupun sekarang tiada bezanya. ini kerana kebanyakan pelajaran silat mestilah disertai dengan nilai-nilai murni, walaupun kaedah dan jurus-jurus persilatan banyak variasi dan aliran, tetapi nilai-nilai murni dan penghayatan agama sangat dititik beratkan. juga adat-adat melayu dalam persilatan turut diajar selagi tidak bercanggah dengan agama islam.
      Pada masa sekarang sudah ramai sedar akan kepentingan silat mahupun seni beladiri lain untuk dipelajari, ini kerana senibeladiri terutama silat amat diperlukan bila diceroboh hak-hak individu. malahan walaupun seseorang menganggap pada masa ini dunia dan wilayahnya sudah selamat kerana ada badan keselamatan seperti polis dan askar, tetapi tidakkah sedar setiap hari banyak berlaku kes-kes pencurian, pecah rumah, penculikan, ugutan, ragut, rogol, dan bermacam-macam lagi jenayah yg melibatkan hak-hak individu. hal ini berlaku kerana individu tiada persediaan dalam menangani kes-kes tersebut. ini yang menyebabkan berlakunya pembunuhan, rogol mahupun dipukul.
     Jika dipandang serius hal ini, amat pentinglah untuk setiap individu balajar ilmu persilatan kerana untuk persediaan sepanjang waktu. apa yg bakal berlaku tidaklah dapat diagak. oleh itu ilmu persilatan amatlah berguna jika berlaku saat-saat sedemikian rupa.
     Dalam dunia persilatan tiada yang payah jika ada usaha untuk mempelajari. objektif dalam dunia persilatan tidaklah rumit. cukuplah dapat mempertahankan hak kita sebagai umat islam agar tidak tergadai agama, bangsa dan negara. bukan tujuan untuk bermegah-megah dengan ilmu persilatan sepertima yang di pandang oleh segelintir masyarakat malaysia. tetapi konsep, objektif, nilai-nilai murni, budaya, pegangan, ketokohan, keyakinan diri, keberanian, perjuangan, hormat menghormati serta kecekalan yang diutamakan dalam persilatan. bukanlah sekadar ilmu silat mahupun jurus-jurus silat sahaja diajar.


     Justeru itu saranan disini, ilmu persilatan amatlah penting untuk zaman sekarang. kerana kita tidak tahu sampai bila kita akan kekal aman. sedangkan dunia islam makin ditindas atas kerakusan penjajah yang membencikan umat islam. contohnya di palastin, fatani(thailand), iraq, afganistan, amarika dan seluruh dunia, kebanyakan umat islam ditindas. kuasa pemerintah islam dan pertubuhan tertentu tidak dapat berbuat apa-apa untuk mempertahankan umat islam. jadi diri kitalah sendiri mempertahankan agama, bangsa dan negara agar kita tidaklah mati dgn sia-sia mahupun dayus.





 

No comments:

Post a Comment