pages

Sunday, February 6, 2011

Penting dan Perlunya Perlindungan Takaful

assalamualaikum...

Sepertimana tajuk yang saya nyatakan di atas, serba sedikit saya nak berkongsi hakikat kepentingan pelindungan takaful masakini. Takaful ini seperti insuran tetapi lebih islamik dan mengikut hukum syarak serta pelindungannya berkongsep bantuan. Malahan lebih kepada konsep tabungan yang mana bila cukup tempoh pelindungan, wang tersebut(tabungan) boleh diambil kembali.
     Secara ringkasnya takaful ini adalah satu konsep pelindungan dan tabungan yang terbaik untuk setiap individu mengambil polisinya. Ini tidak memberi kerugian kepada individu tersebut, kerana setiap apa yang berlaku seperti kemalangan, penyakit, kehilangan anggota kekal dan kematian pihak takaful dapat memberikan perlindungan yang setimpal. Dengan itu pemegang polisi takaful/pelanggan memperoleh pelindungan yang setimpal dan ini tidak memberi tekanan kepada pelanggan dari segi memperoleh rawatan hospital mahupun pampasan berbentuk wang. Bayangkan betapa besarnya faedah takaful ini, sedangkan hanya membayar pelindungan/tabungan dengan jumlah yang amat minima.
     Saya melihat kebanyakan individu sekarang masih tidak memahami dan tidak berfikir akan kepentingan takaful ini, tatapi bukanlah semua yang tidak tahu. Kecanggihan teknologi masa sekarang membuatkan ramai yang sudah tahu akan kepentingan takaful, tetapi jangan tunggu berlaku dahulu baru tercari-cari takaful, seperti peribahasa "sudah terhantuk baru mengaduh". Jadi gunakanlah peribahasa "sediakan payung sebelum hujan".
     Secara jujur, takaful adalah satu konsep persediaan yang mana jaminan kita masa hadapan jika berlaku sebarang musibah. Jika dilihat sekarang, pelbagai takaful yang wujud, tetapi pilihlah yang berkonsepkan islamik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya tahu mengambil polisi, pastikan juga kita tahu akan ciri-ciri takaful yang bakal kita ambil. Biarpun pelbagai jenis takaful mahupun insuran yang wujud, pilihlah yang terbaik agar kita dilindung sepenuhnya mengikut landasan islam.
     Saranan saya disini pilihlah TAKAFUL IKHLAS. Ini kerana takaful ikhlas adalah salah satu takaful bercirikan islamik dan konsep tabungan yang terbaik. Jika kepada sesiapa yang membaca artikel ini dan berminat untuk mengambil polisi takaful ikhlas bolehlah mengirim email nama,alamat dan no telafon anda kepada fiezcool@gmail.com.
Rasanya setakat ini dahulu bebelan saya ini. Jadi "ceria-ceria selalu".
Wasalam.