pages

Sunday, October 24, 2010

palastin atau israel?

     palastin atau israil yg patut wujud di bumi arab? bagi pihak islam sudah tentulah palastin yg layak berpijak di bumi arab, tetapi bagi pihak kafir israil lah yg layak. pihak israil sudah lama berperang dgn palastin dan sekarang hampir seluruh nagara palastin sudah dikuasai israil. malahan rakyat palastin tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menjadi pelarian di negara sendiri serta berperang bersenjatakan batu dan kayu melawan tentera israil bersenjatakan peluru serta bom.
     baru-baru ini dianjurkan seminar palastin di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. apa yg sempat dirakam dlm seminar tersebut adalah bagaimana israil rakus menodai bumi palastin dgn tempat-tempat stratejik palastin dikuasai. malahan para bantuan dari negara-negara islam contohnya malaysia amat payah datang ke palastin untuk menyalurkan bantuan. ada seorang pelajar UniSZA bertanya kpd pihak panel yg datang ke seminar tersebut. beliau(panel) juga salah seorang yg pergi ke palastin untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan. pelajar mengajukan soalan apa peranan PBB sedangkan masalah tetap bergolak walaupun PBB di tubuhkan. penulis rasa tertarik dgn soalan yg diajukan oleh pelajar tersebut. apa yg yg penulis ingat, jawapan oleh panel tersebut adalah PBB memang tidak ada kuasa untuk menyekat segala macam yg berlaku di palastin seperti peperangan, pencerobohan, penaklukan dan juga pembunuhan. tetapi PBB boleh dimanfaatkan dari segi kewangan yg mana dapat meringankan bebanan dan masalah yg melanda di palastin. sabagai contoh sekarang di palastin ramai rakyatnya menjadi pelarian, sehubungan itu pihak PBB telah menyediakan satu penempatan yg selamat yg mana penempatan itu dibayar kos sewaannya oleh pihak PBB. malahan juga segala bantuan dapat di permudahkan melalui PBB.
     walaupun tidak besar peranan dan jasa PBB tetapi sekurang-kurangnya dapatlah meringankan beban yg dialami rakyat palastin. sedang penulis menghayati seminar tersebut dgn pelbagai soalan yg diajukan oleh pelajar, terpandang penulis pada penjuru belakang dewan kepada seorang pelajar cina (bukan islam) yg hadir ke seminar tersebut. penampilannya amak menarik yg mana dia memakai songkok. dia begitu kusyuk membelek-belek buka agama, minyak atar, dan kain leher palastin. pada minda penulis berlegar-legar persoalan pada pelajar lelaki cina ini. adakah dia berminat pada agama suci islam ini? kerana sebelum ini ada seorang pelajar wanita cina telah memeluk agama suci ini. mungkin dia mahu mengikut jejak langkah pelajar wanita cina tersebut. alangkah bertuahnya UniSZA ini jika setiap pelajar bukan islam dtg menuntut ilmu disini kenal agama islam, cinta agama islam dan diakhiri dgn memeluk agama islam yg suci ini. moga pelajar lelaki cina ini trgolong dlm org yg kenal agama islam ini. tidak lama kemudian saya lihat pelajar cina tersebut telah membeli beberapa naskah buku agama. penulis agak gembira apabila dia membeli buku agama. tidak sia-sia dia dtg belajar di UniSZA ini.
      setelah dia membeli buku agama tersebut, saya ingatkan dia mahu terus beredar walaupun dia tidak mengikuti seminar palastin ini. tetapi apa yg penulis lihat, dia membelek-belek risalah bantuan palastin dan disebelah terdapat tabung bantuan. yg menariknya, dia mengeluarkan wang RM10 untuk derma palastin ke dlm tabung tersebut sedangkan dalam tabung lutsinar tersebut kebanyakan RM1 sahaja. ini yg mgkin dikatakan hidayah atau kesedaran walaupun dia masih kafir (pelajar cina) tetapi kemahuan untuk membantu saudara islam tetap tidak dilupakan. mgkin suatu hari nanti moga pelajar tersebut akan memeluk islam, insyaallah.
     teringat penulis pada satu dokumentari yg bertajuk "the arrival" yg boleh ditonton dalam laman youtube. kebanyakan fakta dlm dokumentari tersebut bnyk membongkarkan komplot-komplot pihak yahudi dan zionis/israel, kebanyakan apa yg berlaku sekarang seperti sistem-sistem pentadbiran, ekonomi, perniagaan, teknologi dan budaya yg wujud di setiap negara adalah datang dari pihak yahudi dan israel. tanpa disedari kebanyakan negara sudah menerima pakai urusan pntadbiran mengikut aliran yahudi mahupun israil. begitu juga soal ekonomi dan perniagaan. kebanyakan jenama makanan, pakaian mahupun kenderaan adalah dari pihak tersebut. ini yg membuatkan mereka kukuh dari segi kewangan kerana seluruh dunia telah menyalurkan kewangan secara tidal sedar. dan dengan itu pihak yahudi mahupun israil begitu senang untuk memerangi orang-orang islam.
     jika memboikot sekalipun jenama-jenama israil mahupun yahudi, meraka masih mempunyai sumber kewangan yg kukuh malahan jika ditutup kilang-kilang makanan pihak yahudi mahupun israil, kesannya adalah pada pekerja-pekerja islam yg mgkin beribu-ribu bakal menganggur. tanpa disedari kebanyakan pihak yahudi dan israil ini menjadi penyiasat bagi sesebuah negara islam bagi memudahkan menakluk secara senyap-senyap. ini kerana kebanyakan penyiasat ini amat mahir dengan hukum agama islam dan yg nyata mereka ini berwajah orang arab. sbb itulah mereka senang menjadi penyiasat bagi negara-negara islam. jika tidak ditakluk secara peperangan, ditakluk secara budaya, ekonomi, pentadbiran dan undang-undang sudah cukup bagi pihak yahudi dan israil. itu sudah menjadi tanda kemenangan bagi pihak mereka.
     oleh yg demikian, jawapan untuk umat islam keluar dari cengkaman pihak kafir ini masih gelap gelita. tiada harapan lagi untuk palastin untuk merdeka dari penaklukan israel. sedangkan israel selagi ditentang selagi itulah mereka seronok membunuh umat islam yg bagi israel darah orang islam adalah pahala bagi mereka. jika dilihat di negara-negara islam, banyak tekanan-tekanan dibuat dari negara-negara kafir agar semangat islam menjadi luntur, jiwa islam kosong. maka senaglah mereka takluk. malahan mereka juga sering membuat provokasi seperti anti islam adalah pengganas, membakar al-quran, diskriminasi terhadap org islam, anti menutup aurat, anti al-quran dan hadis dan palbagai lagi. tekanan-tekanan inilah yg bagi sesetengah umat islam hidup dalam ketakutan jika orang-orang islam tinggal di negara kafir. tetapi lain pula jika tggal di negara islam, semangat jihad berkobar-kobar. tetapi tetap tiada tindakan dapat dibuat melainkan memberi sumbangan, bantuan, tunjuk perasaan, demonstrasi, menghantar memorandum dan mmbakar bendera zionis. tindakan untuk membawa kemerdekaan palastin mahupun umat islam seluruhnya masih jauh untuk dikecapi.








Tuesday, October 19, 2010

Silat Dalam Dunia Manusia

     Silat adalah satu perkataan yang bermaksud satu seni beladiri yang terdiri daripada gerakan manusia. silat adalah berasal dan dicipta dari kelompok melayu. seni silat amat dikagumi, ini kerana pergerakannya amat pantas dan jurus-jurusnya boleh mengundang padah mahupun maut. bukti dalam sejarah banyak menyatakan para tokoh pejuang tanah melayu amat mahir dalam ilmu persilatan. malahan juga ilmu silat ini sangat penting dalam membela diri, maruah, keluarga, kaum, agama, dan juga kerajaan di masa itu. tokoh-tokoh yang pejuangkan hak tanah melayu dan kemerdekaan sangat bersungguh-sungguh dalam perjuangan melalui semangat perwira. jika tanpa ilmu persilatan pada masa itu, mungkin tanah melayu tergadai awal-awal lagi sebelum lahirnya Tunku Abd. Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang memperjuangkan kemerdekaan. malahan segala kekayaan tanah melayu pada masa itu akan digadai sama sekali bersama kaum melayu yang mungkin diratah oleh para penjajah tanah melayu.
     Ilmu silat yg dikurniakan oleh Maha Pencipta haruslah dipelajari dan dicintai. ini kerana ilmu silat yg telah banyak berjasa kepada umat manusia terutama yg berugama islam. ilmu silat bukanlah untuk dipandang sebagai keganasan, tetapi haruslah dipandang positif dan penuh kebaikan serta penerapan nilai-nilai murni yang utuh. jika dilihat cara pembelajaran ilmu persilatan dulu-dulu mahupun sekarang tiada bezanya. ini kerana kebanyakan pelajaran silat mestilah disertai dengan nilai-nilai murni, walaupun kaedah dan jurus-jurus persilatan banyak variasi dan aliran, tetapi nilai-nilai murni dan penghayatan agama sangat dititik beratkan. juga adat-adat melayu dalam persilatan turut diajar selagi tidak bercanggah dengan agama islam.
      Pada masa sekarang sudah ramai sedar akan kepentingan silat mahupun seni beladiri lain untuk dipelajari, ini kerana senibeladiri terutama silat amat diperlukan bila diceroboh hak-hak individu. malahan walaupun seseorang menganggap pada masa ini dunia dan wilayahnya sudah selamat kerana ada badan keselamatan seperti polis dan askar, tetapi tidakkah sedar setiap hari banyak berlaku kes-kes pencurian, pecah rumah, penculikan, ugutan, ragut, rogol, dan bermacam-macam lagi jenayah yg melibatkan hak-hak individu. hal ini berlaku kerana individu tiada persediaan dalam menangani kes-kes tersebut. ini yang menyebabkan berlakunya pembunuhan, rogol mahupun dipukul.
     Jika dipandang serius hal ini, amat pentinglah untuk setiap individu balajar ilmu persilatan kerana untuk persediaan sepanjang waktu. apa yg bakal berlaku tidaklah dapat diagak. oleh itu ilmu persilatan amatlah berguna jika berlaku saat-saat sedemikian rupa.
     Dalam dunia persilatan tiada yang payah jika ada usaha untuk mempelajari. objektif dalam dunia persilatan tidaklah rumit. cukuplah dapat mempertahankan hak kita sebagai umat islam agar tidak tergadai agama, bangsa dan negara. bukan tujuan untuk bermegah-megah dengan ilmu persilatan sepertima yang di pandang oleh segelintir masyarakat malaysia. tetapi konsep, objektif, nilai-nilai murni, budaya, pegangan, ketokohan, keyakinan diri, keberanian, perjuangan, hormat menghormati serta kecekalan yang diutamakan dalam persilatan. bukanlah sekadar ilmu silat mahupun jurus-jurus silat sahaja diajar.


     Justeru itu saranan disini, ilmu persilatan amatlah penting untuk zaman sekarang. kerana kita tidak tahu sampai bila kita akan kekal aman. sedangkan dunia islam makin ditindas atas kerakusan penjajah yang membencikan umat islam. contohnya di palastin, fatani(thailand), iraq, afganistan, amarika dan seluruh dunia, kebanyakan umat islam ditindas. kuasa pemerintah islam dan pertubuhan tertentu tidak dapat berbuat apa-apa untuk mempertahankan umat islam. jadi diri kitalah sendiri mempertahankan agama, bangsa dan negara agar kita tidaklah mati dgn sia-sia mahupun dayus.